Friday, June 3, 2011

Selamat Datang Pelajar Baharu Program Diploma Sesi 2011/2012

salam sejahtera kepada pembaca sekalian....
 
semparna dengan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Program Diploma Sesi  2011/2012. Jabatan Pendaftar Pelajar mengucapkan TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF & PELAJAR YANG MENJAYAKAN PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU.
"Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan staf UMP yang terlibat di dalam menjayakan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma Sesi Akademik 2011/2012 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti pada 1 Jun 2011 serta Proses Semakan dan Pungutan Dokumen Pelajar di Blok W pada 3 Jun 2011.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua fasilitator MINDS 2011 yang juga terlibat secara langsung di dalam menjayakan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma serta Proses Semakan dan Pungutan Dokumen seperti yang dinyatakan di atas.

Semoga jalinan kerjasama berpasukan sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Terima kasih."

dan kami salaku barisan pemimpin kolej kediaman 4 ingin mengucapkan selamat datang ke UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG dan selamat menempuh dunia pembelajaran di universiti...


No comments:

Post a Comment